Join Me On Facebook

Ahad, 23 Jun 2013

Selamat datang ke Portal Rasmi PERSISS!

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Semakin hari mahasiswa/i Kolej Universiti Islam Melaka khususnya mahasiswa/i bagi Fakulti Sastera dan Sains Sosial semakin ke arah mahasiswa minda kelas pertama setanding dengan mahasiswa di IPTA. Seiringan dengan itu mahasiswa/i haruslah celik IT ataupun dalam erti kata lain tidak jumud tentang perkembangan teknologi maklumat. Maka tercetuslah idea untuk membina portal rasmi ini.

Portal rasmi ini yang telah dibina oleh Exco Media, Penerangan dan Komunikasi PERSISS adalah bertujuan sebagai gedung informasi mengenai PERSISS dan Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Di dalam portal ini akan turut disertakan sebarang informasi mengenai aktiviti-aktiviti ataupun program-program yang akan dijalankan oleh PERSISS, begitu juga laporan tentang program yang telah dijalankan.

Mengambil idea daripada kepimpinan lepas, perkhidmatan E-Aduan turut disertakan didalam portal ini. Apa itu E-Aduan? E-Aduan adalah suatu cara bagi setiap mahasiswa/i untuk membuat sebarang aduan berkenaan dengan kerosakan yang berlaku pada fasiliti yang ada didalam bilik kuliah atau dimana-mana sahaja didalam fakulti. Selain itu, E-Aduan berfungsi untuk mahasiswa/i meluahkan pendapat mahupun cadangan penambahbaikan untuk fakulti yang tercinta.



Caranya adalah mudah, mahasiswa/i yang ingin membuat aduan hanya perlu klik pada link yang telah tersedia di atas laman ini ataupun boleh terus klik di sini kemudian isikan nama, alamat email, no. matriks, program dan aduan yang ingin disuarakan diruangan yang telah disediakan dan selepas itu hantarkan dengan menekan butang 'Submit form'.




Tambahan lagi, bagi sesiapa yang mahu berkongsi artikel untuk disiarkan di dalam portal ini boleh juga terus emailkan artikel anda ke Persisskuim@gmail.com. Artikel berilmiah sangat dialu-alukan untuk disiarkan didalam portal ini sebagai perkongsian ilmu.

Pelbagai inisiatif telah diambil bagi memudahkan lagi mahasiswa/i Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Kini, anda hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai fakulti kita. Oleh yang demikian itu, setiap dari mahasiswa/i di Fakulti Sastera dan Sains Sosial perlu memanfaatkan kewujudan portal ini sebaiknya. Sekian, terima kasih.