Minggu Ta’aruf Fakulti (MTF) merupakan
salah satu kaedah bagi mahasiswa/i baru Fakulti Sastera dan Sains Sosial untuk mengenali dengan
lebih dekat lagi mengenai fakulti mereka. Program ini telah diadakan pada 5
hingga 7 Julai 2013 bertempat di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Seramai 248
mahasiswa/i baru Fakulti Sastera dan Sains Sosial Sesi I 2013/2014 telah turut
serta dalam program ini.
Menurut
YDP PERSISS, Muhammad Farhan bin Rosli yang juga merupakan pengarah program
berkata bahawa objektif program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa/i yang
memiliki daya kepimpinan untuk melahirkan pemimpin di masa hadapan dan juga
untuk membudayakan ilmu dan kemahiran sejajar dengan motto PERSISS iaitu
‘Generasi Berintelek Pemangkin Kecemerlangan Insan’
Sepanjang
program ini berlangsung, mahasiswa/i telah diberi penerangan secara khusus oleh
dekan fakulti, Puan Fazurah binti Mustaffa, para pensyarah dan juga barisan
fasilitator yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini. Penerangan
secara khusus ini bertujuan untuk mendedahkan mahasiswa/i semester 1 FSSS untuk
mengenali dengan lebih lagi mengenai persekitaran FSSS dan juga kemudahan yang
telah disediakan. Selain itu, program
ini juga turut mendedahkan mahasiswa/i FSSS dengan budaya intelek sebagai
seorang mahasiswa melalui Latihan Dalam Kumpulan yang dikendalikan oleh barisan
fasilitator Kelab Urusetia Sumber Manusia (KUSMA).
Latihan Dalam Kumpulan oleh KUSMA |
Dari hari pertama sehinggalah ke hari yang terakhir, mahasiswa/i baru Fakulti Sastera dan Sains Sosial telah memberikan maklum balas dan kerjasama
yang sangat baik. Barisan Majlis Tertinggi dan Exco mengucapkan jutaan terima
kasih kepada mahasiswa/i semester 1 sesi I 2013/2014 dan juga pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang telah menjayakan Minggu
Ta’aruf Fakulti ini. Diharapkan dengan adanya kehadiran mahasiswa/i baru ini
dapat bersama-sama untuk membangunkan hasrat visi dan misi Fakulti Sastera dan
Sains Sosial.
Meriah..... Kerjasama yang baik oleh mahasiswa/i baru KUIM untuk MTF Sesi 1 2013/14 |
Riang.... Barisan kepimpinan PERSISS bersama barisan fasilitator KUSMA |
‘Generasi Berintelek Pemangkin Kecemerlangan Insan’