Join Me On Facebook

Ahad, 15 September 2013

FSSS: FAKULTI INSPIRASI!!

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Dengan berakhirnya perarakan Bahtera Merdeka pada hari ini yang bertarikh 15 September 2013 maka berakhirlah Minggu Bahtera Merdeka yang telah dijalankan selama seminggu bermula 9 September 2013 oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIM. Tahniah diucapkan untuk Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIM sesi 2013/14 kerana telah berjaya mengadakan program ini sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56.

Pelbagai acara yang menarik telah dipertandingkan dan diantaranya ialah pertandingan debat, pidato, sukan merdeka, kuiz merdeka, perarakan Bahtera Merdeka, dan Fakulti Inspirasi. Alhamdulillah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial telah menjadi JOHAN keseluruhan dan juga telah dinobatkan sebagai Fakulti Inspirasi! PERSISS mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih buat semua warga FSSS  yang memberi kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan program ini samaada secara langsung atau secara tidak langsung. Syabas!

sila klik foto untuk tumbesaran

Naib Johan Perarakan Bahtera Merdeka


Selamanya Harimau FSSS! Selagi kita bernyawa! Oh FSSS kau kebanggaanku!

"Generasi Berintelek Pemangkin Kecemerlangan Insan"