Join Me On Facebook

Sabtu, 14 Disember 2013

Program terakhir sebelum sesi 1 2013/2014 melabuhkan tirai

 Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

   Dua program terakhir yang telah dianjurkan ialah Progam “Siswa Sihat” yang telah diadakan selama dua hari iaitu pada 21 dan 22 September 2013. Program ini telah dijayakan hasil daripada gabungan dua buah fakulti iaitu Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan Fakulti Kejururawatan. Program yang berlangsung selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa dan mahasiswi Kolej Universiti Islam Melaka terutamanya pada slot kempen derma darah yang juga dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang mengamalkan cara hidup yang sihat sebagai contoh pemeriksaan kesihatan secara percuma, senamrobik dan 10 000 langkah.

   Program terakhir yang telah dianjurkan PERSISS bagi semester lepas iaitu sesi 1 2013/2014 adalah Family Day Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Program ini melibatkan keseluruhan mahasiswa dan mahasiswi FSSS. Antara aktiviti yang dijalankan adalah acara sukaneka dan perlawanan bola sepak antara kursus pengajian. Manakala pada sebelah malam pula telah diadakan persembahan teater dan nasyid hasil daripada ujibakat Bintang Mencari Bintang. Matlamat Family Day ini dijalankan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara warga PERSISS dan mahasiswa mahasiswi Fakulti Sastera dan Sains Sosial.


    PERSISS mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih buat semua warga FSSS  yang memberi kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan program sepanjang semester sesi 1 2013/2014 ini samaada secara langsung atau secara tidak langsung.