Join Me On Facebook

Rabu, 1 Januari 2014

Program terdekat PERSISS 2014

Assalammualaikum w.b.t dan Salam sejahtera

Selamat menyambut tahun baru 2014 admin ucapkan kepada pembaca-pembaca sama ada dalam kalangan mahasiswa/i FSSS ataupun sebaliknya. Terima kasih diucapkan kerana sudi melawat portal rasmi PERSISS 2013/14 ini. Alhamdulillah ke-hadrat Illahi dapat lagi kita bernafas hingga ke tahun 2014 dan berkesempatan lagi untuk berkhidmat di muka bumi Allah ini sebagai seorang khalifah. Semoga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. Ameen Allahumma Ameen insyaAllah.

Sempena tahun baru ini, PERSISS 2013/14 sudah menggariskan beberapa program yang akan dijalankan terutamanya pada bulan Januari ini.  Di antara program yang akan dijalankan adalah :-

1. Minggu Taaruf Fakulti Sesi 2 2013/14: Fakulti Sastera dan Sains Sosial 
Tarikh: 3/4/5 Januari 2014
Hari: Jumaat/Sabtu/Ahad
Tempat: Fakulti Sastera & Sains Sosial
Anjuran: MPM & PERSISS

2. Program Motivasi Kecemerlangan khas "Smart Youth: Cemerlang di IPT"
Tarikh: 11 Januari 2014
Hari: Sabtu
Tempat: Auditorium Pujangga
Anjuran: Exco Akademik MPM & PERSISS


3. Seminar Akademik dan Majlis Anugerah Dekan FSSS
Tarikh: 18 Januari 2014
Hari: Sabtu
Tempat: Auditorium Pujangga
Anjuran: Exco Akademik PERSISS

4. Bakti Siswa: Menerjah Alam (program luar KUIM)
Tarikh: 25 Januari 2014
Hari: Sabtu
Tempat: Sekitar Melaka
Anjuran bersama: Exco Pembangunan Insan, Exco Antarabangsa dan Exco Antarabangsa PERSISS

Alhamdulillah permohonan kertas kerja untuk menjalankan program ini telah diluluskan pihak Hal Ehwal Mahasiswa KUIM, maka besarlah harapan dari pihak PERSISS 2013/14 agar mahasiswa/i FSSS bersama-sama turut serta setiap program yang dianjurkan dan terus menyokong kami kerana sesungguhnya kami di barisan kepimpinan PERSISS 2013/14 telah melakukan yang sebaiknya untuk warga Fakulti Sastera & Sains Sosial. Bak kata TYDP PERSISS, "Khidmat di dunia, Saham di akhirat". InsyaAllah..

"Generasi Berintelek Pemangkin Kecemerlangan Insan"