Join Me On Facebook

Ahad, 15 September 2013

Program Explorace "Mahasiswa Aktif Minda Cerdas"

Assalammualaikum w.b.t dan Salam sejahtera!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi selesai sudah program pertama yang dianjurkan oleh PERSISS 2013/14, iaitu program Explorace "Mahasiswa Aktif Minda Cerdas" pada 7 september yang lalu. Sekali lagi kami ingin memanjatkan kesyukuran ke atas-Nya kerana program Explorace ini berjalan dengan lancar dan tidak ada sebarang musibah yang berlaku. 


Tahniah kepada warga Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang telah mengambil tempat dalam program ini dan ribuan tahniah dan terima kasih juga diucapkan buat mahasiswa/i dari Akademi Pengajian Islam(API) dan juga mahasiswa/i dari Fakulti Inovasi Perniagaan & Perakaunan(FIPP) yang telah memberi sokongan yang baik terhadap program pertama PERSISS 2013/14 ini.

Anda sememangnya mahasiswa/i yang hebat! Ketikamana mahasiswa/i lain mengambil peluang cuti di hujung minggu ini dengan pulang ke kampung halaman atau berehat di rumsis, anda dengan penuh semangat turut serta dalam program ini. Tahniah dan terima kasih sekali lagi!







"Generasi Berintelek Pemangkin Kecemerlangan Insan"