Join Me On Facebook

Sabtu, 18 Januari 2014

Susulan program terkini PERSISS (Januari 2014)

Assalammualaikum w.b.t dan Salam sejahtera

Apa khabar warga FSSS semua? Harapnya baik-baik sahaja InsyaAllah. Alhamdulillah untuk semester baru ini PERSISS 2013/14 sudah menjalankan tiga buah program dengan jayanya. Yang pertamanya, Minggu Ta'aruf Fakulti: Fakulti Sastera & Sains Sosial, keduanya ialah program motivasi kecemerlangan "Smart Youth: Cemerlang di IPT" dan yang baru sahaja dilangsungkan ialah program Seminar Akademik "Personaliti & Kerjaya" dan Majlis Anugerah Dekan Fakulti Sastera & Sains Sosial.


1. Minggu Taaruf Fakulti: Fakulti Sastera & Sains Sosial.

Seperti mana-mana pun atau apa jua pun jenis program orientasi pasti ianya akan bermula dengan sedikit slow bak kata orang "Tak kenal maka tak cinta". Sesuai dengan pepatah itu pada mulanya MTF:FSSS bermula dengan perlahan namun lama-kelamaan penglibatan mahasiswa/i baru FSSS sangat memberangsangkan dan Alhamdulillah yang mana tidak kenal, menjadi kenal. Yang mana tak rapat, menjadi rapat. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil sewaktu program berlangsung...


Ucapan perasmian oleh Pn Fazurah (Dekan FSSS)

Latihan Dalam Kumpulan

Kerjasama dalam kumpulan

Tautan ukhuwah

Kakak fasi dan urusetia

Fasi Bob tengah buat "Siput Sedut"

Slot Latihan Kebakaran oleh Jabatan Bomba Masjid Tanah
YDP MPM pun turut serta dalam latihan kebakaran



Cara pembentangan yang bagus oleh mahasiswa baru


2. Program khas Motivasi Kecemerlangan "Smart Youth: Cemerlang di IPT" oleh YM Raja Shamri.

Program kedua ini, iaitu anjuran  Exco Akademik MPM KUIM dengan kerjasama PERSISS 2013/14 telah berlangsung pada 11 Januari 2014. Alhamdulillah ianya telah berjalan dengan lancar. Merentasi liku-liku kehidupan Abang Raja yang juga seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) sangat banyak memberi pengajaran itu telah membuatkan hati-hati setiap insan yang hadir didalam program ini tersentuh dan seterusnya melahirkan semangat yang baru untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Disini Admin berani katakan adalah RUGI bagi siapa yang tidak hadir program ini tempoh hari. Semoga ilmu yang dikongsi dapat kita manfaatkan bersama...

"Kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa" -YM Raja Shamri 

Fokus mendengar...

Energi yang mantap dari mula program hingga ke akhirnya

Tahniah & terima kasih kerana telah menyertai program ini. Kalian hebat!


3. Megaria Gempak Mahasiswa - Seminar Akademik "Personaliti & Kerjaya" 

Pada 18 Januari 2014 (Sabtu) telah diadakan sebuah Seminar Akademik "Personaliti & Kerjaya", yang mana penceramahnya ialah Encik Mohd Hasni (Kaunselor Pusat Kaunseling MAINS). Alhamdulillah juga program ini berjalan dengan lancar. Banyak perkongsian menarik telah dikongsikan oleh En Hasni tentang perkaitan personaliti diri dengan kerjaya yang bakal dipilih. Semoga ilmu yang dicurahkan bermanfaat kepada peserta program. InsyaAllah...

En. Hasni (Kaunselor Pusat Kaunseling MAINS)




Senaman 'tap' untuk atasi rasa mengantuk


Pada hari yang sama juga telah diadakan Majlis Anugerah Dekan Fakulti Sastera & Sains Sosial Sesi 2 2013/2014. Tahniah diucapkan kepada semua pemegang Anugerah Dekan untuk semester lepas. Kekalkan prestasi kalian yang baik dan terus bersama harumkan nama Fakulti Sastera & Sains Sosial sepertimana yang telah diamanatkan oleh Pn. Fazurah (Dekan FSSS) semasa ucapan perasmian beliau. Berikut adalah tokoh pelajar bagi setiap kos...

Tokoh Pelajar: DIKOM
 NAMA PENUH : ROSHAZANA NAJWA BINTI ZAINUDIN
NAMA PANGGILAN : WAWA
TARIKH LAHIR : 8 FEBRUARI 1995
KOS PENGAJIAN : DIPLOMA KOMUNIKASI MASSA (SEMESTER 3)
ASAL : TERENGGANU DARUL IMAN
MOTO HIDUP : JADI DIRI SENDIRI, JANGAN HIPOKRIT.


Tokoh Pelajar: DPIK
 NAMA PENUH : MUHAMMAD LUQMAN BIN IBRAHIM
NAMA PANGGILAN : LUQMAN LONG
TARIKH LAHIR : 19 MAC 1991
ASAL : JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM
PENCAPAIAN : PEMEGANG ANUGERAH DEKAN 5 KALI BERTURUT-TURUT, PRESIDEN KELAB URUSETIA SUMBER MANUSIA (KUSMA), TIMB. EXCO AKADEMIK KELAB KAUNSELING SESI 2011/12

Tokoh Pelajar: SMP
NAMA PENUH : IZZAT EMIR BIN GHAZALI
TARIKH LAHIR : 22 SEPTEMBER 1988
ASAL : NEGERI SEMBILAN
KOS PENGAJIAN : IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI (SEMESTER 5)
MOTO HIDUP : IF YOU CAN’T REACH THE MOON, YOU STILL BE AMONG THE STAR.
PENCAPAIAN : KELAB URUSETIA SUMBER MANUSIA (KUSMA), JOHAN PERTANDINGAN DEBAT “KARNIVAL ISLAMI API” 2011/12.

Tahniah sahabat-sahabat sekalian! Semoga terus mencipta kejayaan!

Setakat ini sahaja untuk entri kali ini, moga-moga Allah berkati setiap usaha dan amalan kita semua. Terima kasih tidak terhingga untuk setiap sokongan secara langsung ataupun tidak langsung dari seluruh warga FSSS kepada PERSISS 2013/14. Teruskan memberikan sokongan kepada kami, InsyaAllah kami akan lakukan yang terbaik untuk anda. Khidmat di dunia, Saham di akhirat. InsyaAllah..

"Generasi Berintelek Pemangkin Kecemerlangan Insan"

Rabu, 1 Januari 2014

Program terdekat PERSISS 2014

Assalammualaikum w.b.t dan Salam sejahtera

Selamat menyambut tahun baru 2014 admin ucapkan kepada pembaca-pembaca sama ada dalam kalangan mahasiswa/i FSSS ataupun sebaliknya. Terima kasih diucapkan kerana sudi melawat portal rasmi PERSISS 2013/14 ini. Alhamdulillah ke-hadrat Illahi dapat lagi kita bernafas hingga ke tahun 2014 dan berkesempatan lagi untuk berkhidmat di muka bumi Allah ini sebagai seorang khalifah. Semoga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. Ameen Allahumma Ameen insyaAllah.

Sempena tahun baru ini, PERSISS 2013/14 sudah menggariskan beberapa program yang akan dijalankan terutamanya pada bulan Januari ini.  Di antara program yang akan dijalankan adalah :-

1. Minggu Taaruf Fakulti Sesi 2 2013/14: Fakulti Sastera dan Sains Sosial 
Tarikh: 3/4/5 Januari 2014
Hari: Jumaat/Sabtu/Ahad
Tempat: Fakulti Sastera & Sains Sosial
Anjuran: MPM & PERSISS

2. Program Motivasi Kecemerlangan khas "Smart Youth: Cemerlang di IPT"
Tarikh: 11 Januari 2014
Hari: Sabtu
Tempat: Auditorium Pujangga
Anjuran: Exco Akademik MPM & PERSISS


3. Seminar Akademik dan Majlis Anugerah Dekan FSSS
Tarikh: 18 Januari 2014
Hari: Sabtu
Tempat: Auditorium Pujangga
Anjuran: Exco Akademik PERSISS

4. Bakti Siswa: Menerjah Alam (program luar KUIM)
Tarikh: 25 Januari 2014
Hari: Sabtu
Tempat: Sekitar Melaka
Anjuran bersama: Exco Pembangunan Insan, Exco Antarabangsa dan Exco Antarabangsa PERSISS

Alhamdulillah permohonan kertas kerja untuk menjalankan program ini telah diluluskan pihak Hal Ehwal Mahasiswa KUIM, maka besarlah harapan dari pihak PERSISS 2013/14 agar mahasiswa/i FSSS bersama-sama turut serta setiap program yang dianjurkan dan terus menyokong kami kerana sesungguhnya kami di barisan kepimpinan PERSISS 2013/14 telah melakukan yang sebaiknya untuk warga Fakulti Sastera & Sains Sosial. Bak kata TYDP PERSISS, "Khidmat di dunia, Saham di akhirat". InsyaAllah..

"Generasi Berintelek Pemangkin Kecemerlangan Insan"