Join Me On Facebook

Khamis, 18 Julai 2013

Format Penulisan Tugasan

Pada Minggu Taaruf Fakulti: Fakulti Sastera dan Sains Sosial Sesi 1 2013/14 yang lepas, telah disisipkan satu program Format Penulisan Tugasan yang dikendalikan oleh tiga orang pensyarah FSSS. Mahasiswa/i baru telah diberi penerangan panjang lebar tentang cara-cara atau format untuk membuat assignment. Hal ini adalah bertujuan untuk memudahkan lagi mahasiswa/i baru menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah kepada mereka.

Penerangan tentang Format Penulisan Tugasan oleh Cik Noraini

Kerjasama... Setiap ahli dalam kumpulan tugasan perlu memberi kerjasama yang baik untuk menyiapkan tugasan


Pensyarah akan menyemak setiap tugasan yang dibuat oleh mahasiswa/i sebelum memberi markah


Bentang... pembentang haruslah dalam keadaan bersedia sebelum membuat pembentangan

Berikut adalah slide berkenaan Format penulisan tugasan yang telah disediakan oleh Cik Noraini Binti Abdol Raop (Pensyarah di Jabatan Psikologi Fakulti Sastera dan Sains Sosial, KUIM). Di atas budi bicara beliau, mahasiswa/i dibenarkan untuk memuat turun slide ini untuk dijadikan sebagai rujukan di masa hadapan.

Format Penulisan Tugasan

'Generasi Berintelek Pemangkin Kecemerlangan Insan'