Join Me On Facebook

Info PERSISS

PENGENALAN

WARKAH YANG DI-PERTUA PERSISS

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillahirabbil 'alamin  washolatu wasalamu 'ala nabiyyil mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajmain amma bakdu.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertamanya saya ingin merafaqkan kesyukuran ke hadrat Illahi, diberikan kesempatan usia untuk menyampaikan sepatah dua kata bagi mewakili Persatuan Siswa Siswi Fakulti Sastera dan Sains Sosial(PERSISS). Selain itu juga, saya merakamkan jutaan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kepimpinan pada kali ini untuk 'memulai' persatuan yang kita cintai.

Mahasiswa yang dirahmati Allah,

Persatuan Siswa Siswi Fakulti Sastera dan Sains Sosial adalah persatuan yang pertama yang ditubuhkan di bawah Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS). Persatuan ini juga dikenali sebagai PERSISS ini, secara rasmi telah ditubuhkan pada tarikh keramat 14 Mac 2012 oleh Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial iaitu Puan Fazura Bte Mustaffa.

Mahasiswa yang dirahmati Allah,

Dengan keupayaan 13 orang barisan kepimpinan, kami telah menata 3 gagasan utama yang akan menjadi wadah kepada gerakan ini iaitu meningkatkan keupayaan soft skill, kebajikan mahasiswa dan perpaduan. Kita harus sedar, kolej adalah pusat tradisi keilmuan yang berdiri megah dengan mengharapkan mahasiswa yang lahir disemai dengan semangat yang waja. Bukan hanya gagah bergalas rencong tetapi berani menggunakan kebenaran ilmu yang tidak mudah dipesong. Justeru itu, PERSISS mengharapkan mahasiswa mahasiswi tidak mentalkinkan budaya ilmu yang seharusnya terus subur dan membara disini. Tuntutlah pelbagai jenis ilmu dan janganlah menjumudkan diri kita dengan bidang pengajian kita. Biarlah anak-anak ilmu yang lahir dari generasi Kolej UNIVERSITI Islam Melaka memahami ilmu  dalam konteks yang lebih luas. Jangan sesekali alpa membiarkan generasi kita diratah dengan isu dan pemahaman semata. Selain itu, hormatilah sekalian warga pensyarah dan semailah rasa 'cinta' agar mendapat keberkatan di dunia jua di akhirat.

Mahasiswa yang dirahmati Allah,

Saya mewakili seluruh perwakilan Persatuan Siswa Siswi Fakulti Sastera dan Sains Sosial (PERSISS) sentiasa mengharapkan agar mahasiswa mahasiswi terus tegap berjuang bersama kami dalam menjayakan setiap usaha yang kami lakukan. Dengan bertemakan "Generasi Berintelek Pemangkin Kecemerlangan Insan" InsyaAllah kami akan laksanakan tanggungjawab ini dengan amanah dan bersungguh-sungguh.

Akhir kalam, saya sudahi dengan mulia menutup bicara,

Wabillahi taufik wal hidayah..

Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


OBJEKTIF

  • Melibatkan mahasiswa dalam pelbagai kegiatan dan aktiviti persatuan
  • Melahirkan mahasiswa yang memiliki daya kepimpinan untuk melahirkan pemimpin masa hadapan.
  • Membudayakan ilmu dan kemahiran.
  • Membina sahsiah membentuk masyarakat.

VISI

Menjadikan mahasiswa Fakulti Sastera dan Sains Sosial sebagai mahasiswa yang mencapai keseimbangan dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sahsiah diri.


MISI

  • Untuk memajukan ilmu pengetahuan dan pembelajaran melalui penyelidikan dan pendidikan yang berkualiti untuk negara dan kemanusiaan.
  • Gerakan pelajar dinamik dan beriltizam melahirkan generasi muda ke arah memartabatkan ilmu pengetahuan.


CARTA ORGANISASI



MOTO


"Generasi Berintelek Pemangkin Kecemerlangan Insan"


LOGO





GARIS PANDUAN

  1. Semua siswa dan siswi yang mengikuti program pengajian di bawah Fakulti Sastera dan Sains Sosial secara automatiknya menjadi ahli Persatuan Siswa Siswi Fakulti Sastera dan Sains Sosial(PERSISS) yang sah.
  2. Setiap ahli PERSISS dikecualikan daripada membayar yuran keahlian kecuali jika terdapat pindaan-pindaan tertentu dari pihak atasan.
  3. Sekiranya timbul permasalahan di fakulti, permasalahan tersebut hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada PERSISS melalui Exco Persatuan Fakulti dan permasalahan tersebut akan dibawa ke pihak yang bertanggungjawab.
  4. Setiap ahli dan exco wajib menghadiri mesyuarat agung dan mesyuarat biasa melalui arahan Dekan fakulti.
  5. Pemilihan exco yang baru dijalankan secara pilihan raya yang dikelolakan oleh Jabatan Pilihan Raya Kolej(JPRK).
  6. Semua ahli wajib menghadiri segala aktiviti yang dijalankan. Sekiranya tidak dapat menghadiri aktiviti-aktiviti berkenaan, hendaklah dinyatakan sebab yang kukuh dan muhasabah.

KELAB-KELAB DI BAWAH PERSISS

  1.    Kelab Kaunseling
  2.    KEPSISS
  3.    Kelab DIKOM