Join Me On Facebook

Khamis, 18 Julai 2013

Minggu Taaruf Fakulti: Fakulti Sastera dan Sains Sosial Sesi 1 2013/2014



Minggu Ta’aruf Fakulti (MTF) merupakan salah satu kaedah bagi mahasiswa/i baru Fakulti Sastera dan Sains Sosial untuk mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai fakulti mereka. Program ini telah diadakan pada 5 hingga 7 Julai 2013 bertempat di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Seramai 248 mahasiswa/i baru Fakulti Sastera dan Sains Sosial Sesi I 2013/2014 telah turut serta dalam program ini.
            

 Menurut YDP PERSISS, Muhammad Farhan bin Rosli yang juga merupakan pengarah program berkata bahawa objektif program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa/i yang memiliki daya kepimpinan untuk melahirkan pemimpin di masa hadapan dan juga untuk membudayakan ilmu dan kemahiran sejajar dengan motto PERSISS iaitu ‘Generasi Berintelek Pemangkin Kecemerlangan Insan’
        
Perasmian oleh Dekan FSSS, Puan Fazurah binti Mustaffa
 Sepanjang program ini berlangsung, mahasiswa/i telah diberi penerangan secara khusus oleh dekan fakulti, Puan Fazurah binti Mustaffa, para pensyarah dan juga barisan fasilitator yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini. Penerangan secara khusus ini bertujuan untuk mendedahkan mahasiswa/i semester 1 FSSS untuk mengenali dengan lebih lagi mengenai persekitaran FSSS dan juga kemudahan yang telah disediakan.  Selain itu, program ini juga turut mendedahkan mahasiswa/i FSSS dengan budaya intelek sebagai seorang mahasiswa melalui Latihan Dalam Kumpulan yang dikendalikan oleh barisan fasilitator Kelab Urusetia Sumber Manusia (KUSMA).

Latihan Dalam Kumpulan oleh KUSMA

     Dari hari pertama sehinggalah ke hari yang terakhir, mahasiswa/i baru Fakulti Sastera dan Sains Sosial telah memberikan maklum balas dan kerjasama yang sangat baik. Barisan Majlis Tertinggi dan Exco mengucapkan jutaan terima kasih kepada mahasiswa/i semester 1 sesi I 2013/2014 dan juga pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang telah menjayakan Minggu Ta’aruf Fakulti ini. Diharapkan dengan adanya kehadiran mahasiswa/i baru ini dapat bersama-sama untuk membangunkan hasrat visi dan misi Fakulti Sastera dan Sains Sosial.

Meriah..... Kerjasama yang baik oleh mahasiswa/i baru KUIM untuk MTF Sesi 1 2013/14

Riang.... Barisan kepimpinan PERSISS bersama barisan fasilitator KUSMA

Generasi Berintelek Pemangkin Kecemerlangan Insan